Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tiada peguam kes dadah Nur Dhiya di Cape Town ditangguh

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Perbicaraan kes Nur Dhiya Ain Rosman atas kesalahan dadah di Cape Town, Afrika Selatan yang dijadual pukul 9 pagi in (waktu Cape Town) mungkin ditangguh kerana tiada peguam mewakilinya.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya telah menemui beberapa peguam namun mereka enggan mewakili gadis tersebut atas alasan tersendiri.
“Kita juga percaya faktor kegagalan Nur Dhiya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di samping ketiadaan penterjemah yang sesuai akan menyukarkan proses perbicaraan berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, Pesakit Kanser dan Media di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan berusaha mendapatkan keadilan untuk gadis berusia 19 tahun itu yang juga dikenali sebagai Baby pada kalangan keluarganya.
Nur Dhiya yang dilarikan ke Afrika Selatan pada 10 Ogos lepas, telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu empat hari kemudian di sebuah hotel di Cape Town kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 1.2kg.
Gadis malang itu kini ditahan di Pusat Tahanan Ravensmead dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Belleville atas tuduhan memiliki dadah.
“Nur Dhiya sebenarnya dijanjikan pekerjaan sebagai pemandu pelancong dengan gaji lumayan oleh sindiket tersebut, menyebabkan gadis berkenaan terpedaya dengan mudah.
“Kita memandang berat kes ini kerana ini merupakan kes penyeludupan dadah pertama seumpamanya di Afrika Selatan melibatkan orang Malaysia, dan jika didapati bersalah, gadis tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun,” katanya.
Terdahulu, Muhd Khairun menyampaikan sumbangan wang kepada 25 anak yatim dari Rumah Rahoma Darul Faqir dan 43 pesakit kanser kanak-kanak dari Rumah Majlis Kanser Negara (Makna) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. — Bernama

0 Komen pengunjong :