KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mahu penduduk Kampung Baru bersatu dalam isu pembangunan semula kampung itu.

Sehubungan itu,meminta pemilik tanah Kampung Baru memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan pelan alternatif oleh kerajaan Selangor.
Kerajaan Selangor mencadangkan kewujudan tabung amanah dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memiliki saham berdasarkan tanah yang dimiliki.
Khalid berkata, paling penting pembangunan Kampung Baru mesti dibuat bersepadu dan bukannya secara berpecah.
“Sebagai contoh, kalau ada 10,000 kaki persegi, kita jadikan 10,000 unit saham.
“Fungsi tabung amanah ialah mengawal selia saham-saham tersebut,” katanya ketika berucap di majlis pembentangan pelan alternatif pembangunan Kampung Baru di ibu negara hari ini.
Kira-kira 200 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru hadir termasuk ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lolo’ Ghazali.
Menteri Besar Selangor berkata, dengan pemilikan saham itu, hak milik kekal kepada mereka selain mendapat pendapatan kekal.
Ini cadangan baru kepada penduduk Kampung Baru.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin baru-baru ini mengumumkan penubuhan perbadanan untuk pembangunan Kampung Baru.
Bagaimanapun, beberapa pemilik tanah Kampung Baru menentang cadangan menteri besar Selangor itu.
Aziz Hamzah dari pasar minggu Kampung Baru, pemilik tidak yakin dengan penubuhan tabung amanah tersebut.
“Mengapa pemilik perlu menyerahkan geran kepada mereka?
“Saya bimbang mereka dapat makan daging, pemilik hanya dapat tulang" katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Ghaz Sham Ghani pula bertanya pihjak mana yang akan letak wang ke dalam tabung amanah pembangunan Kampung Baru.
Beliau juga bimbang tabung itu bocor dan wang hilang entah ke mana.
0 Komen pengunjong :