Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Izzah Pertahan Pendirian

26 Ogos - Walaupun diancam dengan tangkapan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, srikandi Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak akan sama-sekali mengubah pendiriannya berhubung skandal rasuah kapal selam Scorpene.
Bahkan beliau mengalu-alukan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kandungan temubualnya bersama Tempo, yang membincangkan kecurigaan-kecurigaan disebalik pembelian Scorpene, serta isu kegagalan kapal selam itu untuk menyelam.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menyelar Izzah sebagai penderhaka selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia.
Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah berdosa kerana Malaysia boleh huru-hara jika keburukan Kerajaan Umno-BN diceritakan kepada orang luar.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Mad Arip menggesa Izzah disiasat dibawah ISA kerana memperkecilkan kemampuan kapal selam Scorpene, yang sebelum ini dilaporkan gagal menyelam selepas pembelian oleh Kerajaan Malaysia.
Nurul Izzah berkata, beliau sudah memberi kenyataan bertulis tentang siapa penderhaka yang sebenar dan beliau juga menyatakan Menteri Pertahanan tidak menjawab kenapa tidak ada sokongan tentang siasatan komisyen lima ratus juta Ringgit terhadap Perimekar yang dilakukan oleh suruhanjaya pencegahan rasuah  (SPRM).
Persoalan lain yang dtimbulkan oleh beliau adalah kenapa latihan ketenteraan laut dikurang kepada sekali setahun berbanding sebelum ini 3 kali setahun atas alasan mahu jimatkan kos.\
Izzah sekali lagi menegaskan pandangannya mengenai kegagalan kapal selam negara berfungsi itu bersandarkan kepada jawapan bertulis yang diberikan Zahid Hamidi pada Dewan Rakyat.
Tetap dgn pendirian itu, beliau mengulas maklumat tersebut boleh diperolehi umum.
“Saya sedia disiasat oleh polis dan sisastan polis pun belum berlangsung lagi. Ini cara kotor dan jijik nak heret saya dibawah siasatan ISA” kata Izzah lagi.

0 Komen pengunjong :