ALOR SETAR: Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim membidas Pengerusi Gerakan negeri, Dr Cheah Soon Hai kerana masih menimbulkan isu-isu yang sudah selesai.
Sehubungan itu, Ahmad menganggap Adun Derga itu sebagai wakil rakyat ketinggalan zaman.
Tiga isu yang dibangkitkan oleh Dr Cheah ialah kuota 50 peratus Bumiputera dalam pemilikan rumah, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi.
Ahmad Kassim berkata, apa yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga itu kelmarin, hanya berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri memandangkan isu yang dibangkitkan sudah selesai.
“Saya rasa beliau tidak faham dan kurang jelas dengan isu yang dibangkitkannya sendiri. Ketiga-tiga isu, kuota 50 peratus Bumiputera, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi tiada kaitan dengan isu agama,” katanya.
Dr Cheah sebelum ini medakwa membidas PKR dan DAP yang disifatkan gagal menyekat ‘ekstremis agama’ PAS dalam mentadbir Kedah.
Ahmad berkata, tulisan jawi bukan isu agama, ia adalah tulisan orang Melayu. Banyak juga papan iklan di kawasan pekan Cina dalam bahasa Cina, tetapi kita tidak pula menuduh mereka ekstremis, sedangkan tiada langsung bahasa kebangsaan,” katanya.
Katanya, Dr Cheah mungkin tersilap percaturan apabila mengaitkan isu itu dengan konsep Islam yang cuba diterapkan oleh PAS Kedah.
“Itu adalah urusan pentadbiran, bukannya isu agama. Contohnya, pusat sembelihan babi baru dibina semula di Kampung Sungai Tok Pawang, bermakna Kerajaan negeri bukan menghalang. Sebaliknya isu itu sengaja dipolitikkan, mungkin sebab mereka sudah tiada
idea,” katanya.
Berikutan itu, Dr Cheah diminta supaya mengkaji terlebih dahulu fakta sebelum membuat kenyataan.
“Eloklah kaji perkara itu dengan mendalam sebelum buat kenyataan, Mungkin ia bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri atau melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat yang kini dilihat semakin erat,” katanya.

0 Komen pengunjong :