Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wakil kementerian 'hilang', Abu Zahar berang

Kekosongan kerusi yang sepatutnya dipenuhi wakil dari kementerian di Dewan Negara hari ini mendapat perhatian Yang Dipertua, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang mahu wakil kerajaan berada di dalam dewan itu ketika mesyuarat berlangsung.

"Saya sudah suruh wakil dari kementerian untuk duduk di dalam dewan. Tapi ini apa? Saya mahu ini direkodkan. Dewan ini adalah dewan yang mulia. Tadi menteri cakap, sekurang-kurangnya timbalan menteri perlu ada dan pegawai-pegawainya perlu ada. Sekarang ini kita bercakap dengan siapa?

"Kita sedang membahaskan isu yang penting. Kalau menteri tidak hadir, timbalan Menteri diminta hadir. Saya hendak tentukan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

Sebelum itu, Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sedang membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 meminta supaya kementerian berkaitan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dikemukakannya.

Bagaimanapun selepas menyedari bahagian tempat duduk yang diperuntukkan untuk pegawai dari kementerian kosong, Abu Zahar mencelah dan bertanya di mana wakil kementerian terbabit berada.

Jawapan Rizuan bahawa mereka mungkin berada di luar menyebabkan Abu Zahar menegaskan semua wakil kementerian harus berada di dalam dewan ketika persidangan berlangsung.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir turut bangun mencelah dan memaklumkan kepada persidangan bahawa beliau mendapati cuma seorang timbalan menteri sahaja yang berada di dalam dewan itu.

"Saya sokong Yang DiPertua dan saya hanya nampak seorang sahaja timbalan menteri yang ada," katanya.

Teguran Abu Zahar menyaksikan beberapa wakil kementerian memasuki dewan tersebut selang beberapa minit kemudian.

- Bernama

0 Komen pengunjong :