Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Kekang Media Takut Jejas Kepentingan Peribadi, Kroni

KUALA LUMPUR 7 Jul - Pada hakikatnya Malaysia tidak layak menduduki kerusi majlis hak asasi manusia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana sentiasa memperlekehkan serta mengekang hak kebebasan media di negara ini.
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata realiti dasar kerajaan Umno-Barisan Nasional terhadap isu hak kebebesan bersuara dan media boleh dilihat secara jelas dalam isu pengantungan permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan amaran Kementerian Dalam Negeri kepada akhbar Harakah milik PAS.
"Mana mungkin Malaysia boleh berdiri sebagai ahli di kerusi hak asasi manusia di bawah PBB di mana di rumahnya sendiri dibebani dengan isu yang tidak mengambarkan hak asasi manusia.
"Kerajaan Umno-Barisan Nasional perlu menunjukkan sikap yang berbeza di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana sejak 50 tahun sebelum ini menunjukkan sikap anti demokrasi.
"Kalau di bawah pimpinan Najib masih lagi menunjukkan sikap yang sama, Malaysia tidak layak duduk di kerusi hak asasi manusia,"  katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Tambah Yusmadi, isu kebebasan media penting terutama dalam kerangka model ekonomi baru yang diwar-warkan oleh Najib kerana negara maju hanya akan datang melabur di negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan dan jika kerajaan gagal merealisasikan dasar ini yang rugi adalah rakyat Malaysia.
Katanya lagi, apa yang ditakuti oleh pimpinan Umno-BN adalah kerana kepentingan mereka tergugat kerana jika kebebasan media benar-benar dilaksanakan, rakyatlah sebenarnya yang mendapatkan keuntungan.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :