Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat Bentang Usul Kaitkan Rosmah, Deepak Dengan Bala

Usaha Umno-Barisan Nasional untuk menutup sebarang perbincangan mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut kini semakin gagal apabila ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa memfailkan usul berhubung kenyataan Americk Sidhu, peguam kepada  P Balasubramaniam bahawa mendakwa segala kos sara hidup penyiasat persendirian itu di kota raya London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas arahan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Teck Hwa kes pembunuhan kejam Altantuya telah menjadi sensasi antarabangsa yang telah dibicarakan oleh media dalam luar negara malah menjadi buah mulut dan bahan jenaka masyarakat seluruh dunia.
Ini katanya telah memalukan Malaysia serta menjejaskan imej rakyat dan negara ini.
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.
“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Teck Hwa pada sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Tambah beliau dakwaan laman web Malaysia Today yang mengatakan Rosmah sebagai dalang dalam kes persembunyian Bala sudah tentu dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan kesan negatif kepada maruah negara.
Usul yang dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 berbunyi, “P Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.
“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel ‘Lets send the Altantuya murders to hell’ turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri."
“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” jelas Teck Hwa lagi.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :