Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tolak Usul Tidak Jejas Penerbitan Suara Keadilan

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menolak usul untuk membahaskan isu penggantungan permit penerbitan Suara Keadilan dalam kamarnya atas alasan Kementerian Dalam Negeri masih lagi dalam peringkat pertimbangan berhubung isu tersebut.Usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Dewan Rakyat pada Isnin lalu membantah tindakan KDN tersebut serta mendesak Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein segera mengarahkan agar permit tersebut diperbaharui.
Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata Suara Keadilan telah membuat permohonan untuk memperbaharui permit sejak bulan Mac 2010.
Beliau mempersoalkan mengapa pihak KDN mengambil masa yang terlalu lama untuk memproses permohonan tersebut.
"Jangan salahkan kami, kita telah mengikuti segala prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita merasakan pihak kementerian mempunyai mala fide, berniat jahat terhadap Suara Keadilan maka jangan dibebankan kepada KEADILAN," ujar Azmin.
Beliau dalam pada itu menegaskan lidah rasmi parti itu akan tetap diterbitkan seperti biasa.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :