Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah Jangan Jadi Wayang Dalam Skandal PKFZ

SHAH ALAM 31 Julai - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendesak mahkamah untuk mengheret semua mereka yang disyaki terlibat dengan skandal PKFZ, tanpa mengira latar belakang dan kedudukan politik, sebagai satu tanda usaha untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang dan inisiatif proaktif kerajaan untuk membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa.
"Mahkamah jangan jadi wayang kulit. Setakat ini, hanya seorang bekas Menteri Pengangkutan yang dihadapkan ke mahkamah. Sedangkan ramai lagi yang terlibat. Orang yang menandatangani surat sokongan (kelulusan projek) tersebut ialah Ling Liong Sik, dan orang yang memberi jaminan ialah Chan Kong Choy. Beliau masih lagi belum dipanggil," kata Charles ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau mengulas dakwaan menipu kerajaan Malaysia terhadap Tun Dr Ling Liong Sik dengan memperdaya Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan berkaitan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek 'Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Kelang.
Charles menjelaskan beliau gusar dengan prosiding mahkamah sekiranya ia dijalankan dengan cara yang tidak berhemah.
Kata beliau, seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini di mana tuduhan ke atas seseorang itu digugurkan apabila pasukan pendakwa raya tidak membuat persiapan yang awal dan mendalam berkenaan kes tersebut.
"Jika hujah lemah dan kekurangan saksi pun, kes seperti boleh sahaja digugurkan. Jadi, pasukan pendakwaan mesti bersedia dan ada kepakaran dalam kes seperti ini. Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," tambah Charles.
Skandal PKFZ ini telah berlarutan selama 10 tahun sejak ia diluluskan oleh Kabinet pada 1999.
Kini ia berhadapan dengan kontroversi ekoran peningkatan kos projek kepada RM7.453 bilion, termasuk faedah, berbanding kos asal sebanyak RM1.957 bilion.
Pembelian tanah bagi projek itu di Pulau Indah oleh PKA (Port Klang Authority) juga menjadi isu apabila operator projek itu membeli hak tanah pada harga RM25 satu kaki persegi kerana tanah itu dikatakan mempunyai nilai istimewa, walaupun Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Ogos 2001 menetapkan nilainya pada RM10.16 satu kaki persegi  berdasarkan pengambilalihan wajib.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan dalam komentar sebelum inn bahawa skandal PKFZ adalah 'Ibu Segala Skandal'.

0 Komen pengunjong :