Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor Tidak Benarkan Tarif Air Dinaikkan

SHAH ALAM 31 Julai - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak akan membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk menaikkan tarif ais sewenang-wenangnya dan bersedia untuk mempertahankan pendirian tegasnya di mahkamah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, beliau berkata kerajaan negeri akan menghalang mana-mana pihak termasuk Syabas untuk  mendapat pengadilan dan pembelaan di mahkamah.
Faekah berkata kerajaan negeri berasa hairan mengapa secara tiba-tiba isu membawa kes ke mahkamah ditimbulkan oleh Syabas.
"Ia seolah-olah mahu memberi tekanan kepada pihak kerajaan negeri Selangor agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri menegaskan bahawa dalam isu air,  dalam apa jua keadaan tidak akan bersetuju dengan kenaikan tarif air yang dikenakan kepada pelanggan dan bersedia mempertahankan pendirian ini.
"Malah, kerajaan negeri juga yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa Syabas ke mahkamah kerana melanggar syarat perjanjian konsesi termasuk cuba menaikkan tarif air tanpa mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu," tegas Faekah.
Tambah beliau, kerajaan negeri telah lama bersedia tetapi menangguhkan tindakan ini kerana tidak mahu memberi sebarang prasangka terhadap perbincangan yang sedang dijalankan antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terlibat serta syarikat konsesi termasuk Syabas.
"Kerajaan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa dasar kita jelas, keprihatinan dan kepedulian terhadap kepentingan rakyat Selangor adalah asas utama dalam setiap keputusan  dan isu air tidak terkecuali," ujarnya.

0 Komen pengunjong :