Mahfuz Gelar SPRM 'Suruhanjaya Pondan Rakyat Malaysia' Sebab Takut Berdepan Dengan Bala

KUALA LUMPUR 14 Jul - Kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai integriti dan sentiasa berdolak-dalik dalam penyiasatan skandal pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah amat pelik apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bersedia untuk menemubual dan menyiasat dakwaan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam secara berhadapan.
"Mengapa kerajaan tidak mahu menyiasat kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa mempunyai unsur rasuah sedangkan kerajaan Perancis sebagai negara pengeluar dan penjual kapal selam tersebut bersedia untuk melakukan siasatan terhadap agensi yang dikatakan terlibat dengan gejala tersebut.
"Adakah selepas ini, jika saya dipanggil oleh SPRM, saya tidak perlu pergi, saya hanya perlu menjawab melalui emel sahaja?
"Tak perlu lagi jadi macam kes Teoh Beng Hock yang pergi kemudian mati jatuh daripada bangunan," kata Mahfuz pada sidang media diparlimen Isnin lalu. Mahfuz juga membidas tindakan SPRM yang sebelum itu merayu kepada mahkamah meminta supaya diberikan kebebasan untuk menyoal siasat saksi sehingga tengah malam tetapi dalam kes yang melibatkan Bala, agensi itu hanya menganggap menghantar soalan secara bertulis sudah mencukupi.
"SPRM seolah-olah takut untuk berhadapan dengan Bala, saya anggap SPRM ini sebagai "Suruhanjaya Pondan Rakyat Malaysia," sindir beliau.
Bala telah bersedia untuk memberi keterangan kepada SPRM pada 5 dan 6 Julai lalu di London tetapi agensi tersebut membatalkan rancangannya pada saat akhir.

- Suara Keadilan

Kembara Jr.......... bukan apa, SPRM tak mahu jumpa Bala kerana takut bnyak lagi benda-benda baru yang ada kaitan dengan orang-orang tertentu tentang pembunuhan Altantuya akan diceritakan bila bertemu Bala nanti. Itu yang mereka tak mahu dengar. Jadi itulah sebabnya SPRM membatalkan disaat akhir pemergiannya ke London untuk bertemu Bala. Jadi sesuailah dengan nama yang diberikan oleh Mahfuz kepada SPRM itu.

0 Komen pengunjong :