Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hishammuddin Perlu Jawab Bagaimana Rekod Imigresen Altantuya Hilang Baru Baiki Perkhidmatan KDN

KUALA LUMPUR 14 Julai - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawab terlebih dahulu persoalan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam daripada rekod Jabatan Imigresen sebelum mempromosi sebarang produk baru kementerian beliau.
Sivarasa berkata Hishammuddin perlu menjawab kepada rakyat Malaysia samada rekod perjalanan Altantuya terpadam daripada rekod Jabatan Imigresen secara tidak sengaja ataupun disengajakan serta siapa yang memberi arahan tersebut sekiranya dipadam.
"Tidak perlu memperbaharui perkhidmatan ataupun sistem kalau kes yang sebegini pun tidak dapat dijawab, berikan jawapan yang tepat jangan berdalih dan cara ini sahajalah yang dapat memperbaiki kesemua sistem sekalipun perkhidmatan dalam Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri.
"Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan," tegas Sivarasa kepada Suara Keadilan.
Tambah beliau, pembetulan bukan dilakukan kepada sistem tetapi kepada pihak pentadbiran atasan yang terlalu mengikut telunjuk pihak tertentu.
Katanya lagi, walau secanggih mana sistem atau perkhidmatan sekalipun jika wujud unsur penyelewengan maka imej KDN akan terus tercemar.
"Persoalan yang paling jelas kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak tampil untuk menafi atau membersih imej mereka terhadap isu pembabitan pembunuhan Altantuya. Inilah persoalan yang paling besar, Menteri perlu jawap persoalan tersebut dan jangan cuba melindungi sesuatu yang salah," desak Sivarasa.
Sebelum ini KDN berhasrat untuk terus menambah nilai produk 1Malaysia yang ditawarkannya seperti satu hari satu pengeluaran gantian MyKad di JPN Putrajaya, dan satu minit pemeriksaan daftar masuk dan keluar satu penumpang untuk kawalan keluar masuk di pintu-pintu masuk Imigresen.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ketika kejadian rekod perjalanan keluar masuk Altantuya ke Malaysia adalah Datuk Seri Mahmood Adam yang kini memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :