Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kuasa Melayu tetap kukuh

KUALA LUMPUR – Orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu kerana ia akan tetap kekal menerusi kepimpinan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata kuasa Melayu akan lebih mulia dan dihormati tanpa Barisan Nasional.

Katanya, beliau menghargai kenyataan terbuka Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa kuasa orang Melayu di bawah pimpinan UMNO akan hilang.

"Orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal malah akan lebih mulia dan dihormati tanpa Barisan Nasional,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas di sini semalam.

Beliau mengulas berhubung kerjasama antara Pas dan UMNO dan kesediaan Harrusani menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin kedua parti itu.

Dalam pada itu, Pas menafikan kenyataan Harrussani bahawa terdapat wakil daripada parti itu menemuinya untuk menjadi orang tengah dan menganggapnya sebagai satu pembohongan.

Katanya, Pas tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani menguruskan pertemuan Pas dan UMNO bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

“Kenyataan Harussani itu satu fitnah dan pembohongan. Tidak ada, beliau cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin Pas yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang turut serta dalam sidang media tersebut mengulangi pendirian Pas tidak pernah membincangkan isu kerjasama dengan UMNO.

“Kami sudah memutuskan sudah tutup bab perbincangan mengenai kerjasama politik dengan UMNO. Kalau Pas ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu,” katanya.

Sabtu lalu, Harussani mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

- Sinar Harian

0 Komen pengunjong :