Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ibu Pejabat PKR Diserbu Polis Cari Komputer

Lima anggota polis tiba ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi, dipercayai berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin.
Polis dari ibu pejabat kontijen Seremban itu dipercayai ingin mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.
Menurut ketua penerangan PKR, Latheefa Koya, anggota polis berkenaan kini menunggu Badrul yang sudah dimaklumkan dan dalam perjalanan.
“Kehadiran polis mengganggu pekerja dan petugas parti yang bimbang data sulit mereka akan dirampas," katanya.
Menurut beliau lagi, kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.
Pada 9 Julai lalu, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard ditahan polis di Seremban kerana tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.
Beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau.
Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga berkata rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.
Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan beberapa jam selepas disiasat.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :