Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Human Rights Foundation: Umno-BN Tindas Rakyat Untuk Terus Berkuasa

SHAH ALAM 21 Julai - Badan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Foundation (HRF) yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat menyifatkan perbicaraan Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu perbicaraan sandiwara dan tidak lain daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk terus berkuasa.
Dalam satu artikel terbitan The Huffington Post bertajuk 'Malaysia's Bridge Is Falling Down', presiden HRF, Thor Halvorssen dan ketua pegawai operasinya, Alex Gladstein, berkata pendakwaan yang dikenakan terhadap Anwar hanyalah salah satu usaha Umno, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak untuk menghapuskan Anwar serta menghancurkan parti KEADILAN pimpinannya.Halvorssen dan Gladstein, yang juga pengasas kepada Forum Kebebasan Oslo antara lain menyebut, Najib antara lain menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga menyekat hak kebebasan media sebagai alat untuk melenyapkan suara lantang pembangkang yang memperjuangkan pembaharuan serta demokrasi.
Menurut mereka, dengan menenggelamkan suara pembangkang, membeli undi serta mengubah sempadan kawasan pilihan raya, kerajaan BN pimpinan Umno boleh mengekalkan kuasa disebalik menguar-uarkan bahawa Malaysia adalah negara yang berdemokrasi.
"Najib juga secara berterusan berusaha untuk mengekang suara generasi muda dengan menggunakan Akta Kolej dan Universiti (AUKU) dengan melarang mereka daripada membabitkan diri dalam arena politik.
"Paling menyusahkan adalah, Akta Percetakan memberikan kuasa mutlak kepada Najib untuk menghalang media tempatan melaporkan sebarang berita berkaitan ISA dan juga sistem kehakiman negara yang berada di bawah telunjuk Umno," tulis mereka lagi dalam artikel tersebut.
Menurut dua tokoh hak asasi manusia itu, hampir kesemua media tempatan 'diikat' oleh Umno dan permit akhbar milk ketiga-tiga parti pembangkang juga telah ditarik balik sejak 1 Julai lalu.
Artikel terbabit juga menyentuh tindakan kerajaan Umno-BN menindas rakyat dan juga pembangkang di negara ini dengan menggunakan undang-undang yang lapuk serta menghalang kebebasan bersuara adalah salah satu bukti pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.
Ketrampilan yang dicerminkan oleh kerajaan ini dengan mendakwa mereka mendokong kebebasan bersuara serta demokrasi adalah satu sandiwara kerana kebanyakan bukti dan fakta tentang pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib telah disembunyikan.
Kerana itu, tulis mereka lagi tidak hairanlah Najib menggunakan perkhidmatan Apco yang berpengkalan di Washington untuk menaikkan imejnya dan memburuk-burukkan Anwar.
"Anwar, yang telah mendapat liputan dalam majalah antarabangsa seperti TIME, New Yorker dan Newsweek dilihat sebagai ikon seorang pemimpin Islam yang berpotensi kini menjadi sasaran Apco, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed yang cuba melabelkannya sebagai rakan Yahudi," tulis artikel berkenaan lagi.
Halvorssen dan Gladstein juga menulis mereka telah berkesempatan bertemu dengan Anwar yang merumuskan bahawa selagi dunia antarabangsa mengutarakan isu penapisan serta penahanan tanpa perbicaraan, Malaysia tidak mungkin akan menjadi jambatan antara Barat dan Timur.
Malangnya, tulis mereka lagi, rekod buruk hak asasi manusia negara ini akan terus terbenam disebalik timbunan kenyataan media Apco.

- Suara Keadilan

0 Komen pengunjong :