Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dua laporan SPRM terhadap Taib

images KUCHING: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya terhadap Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang didakwa mempunyai aset berjumlah RM3 bilion, baru-baru ini.
Aset itu didakwa dimiliki Taib melalui empayar perniagaan antarabangsanya hasil daripada pendapatan haram.
Selain itu, laporan terhadap beberapa pemimpin Sarawak juga turut dikemukakan AMK.
Kedua-dua laporan itu mendakwa Taib merupakan pemimpin politik korup yang menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi, seperti yang dilaporkan dalam artikel di portal berita.
Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari berkata, pihaknya telah pun membuat laporan SPRM di Sarawak dan akan membuat laporan di pejabat SPRM seluruh negara.
"Kami harap SPRM tidak takut menangani laporan ini memandangkan ia melibatkan kes berprofil tinggi," katanya.
"Apa yang menjengkelkan alasan SPRM akan menyiasat aduan itu pejabat tetapi Peguam Negara berkuasa menentukan sama ada mahu mendakwa atau tidak.
Ahmad Nazib mendakwa Taib mempunyai kekayaan yang besar dengan mengaut hasil kekayaan sumber khazanah negeri dan menyalurkannya kepada anak-anaknya, Abu Bekir, Jamilah dan Sulaiman, serta saudaranya, Onn Mahmud.
Aset luar negara
"Mereka sangat kaya sehingga mampu membeli aset luar negara. Susah untuk menggambarkan Ketua Menteri yang mempunyai pendapatan RM20,000 sebulan mampu memperolehi aset berbilion ringgit dengan cara yang sah.
Laporan di Putrajaya itu dibuat anggota AMK Ting Cek Ming, Kung Chin Chin dan John Brian Anthony.
Ting, bersama Ahmad Nazib dan James Wong sebelum ini cuba membuat laporan yang sama di Shah Alam minggu lalu, namun membatalkannya kerana pegawai SPRM di Shah Alam enggan memberikan mereka salinan laporan yang dibuat.
"Kini kami mempunyai bukti salinan laporan yang dikemukakan beserta tandatangan pegawai SPRM," katanya.
Menurut laporan, keluarga Taib mempunyai aset di Kanada, Australia dan Britain.
Laporan itu turut mendakwa Taib beserta keluarga dan teman rapatnya mempunyai 85% saham dalam syarikat konglomerat terbesar di Sarawak, iaitu Cahaya Mata Sarawak.

- FMT

Kembara Jr.......... lapuran yang dibuat oleh AMK Serawak tu amat baik, tetapi kau orang boleh harap ke SPRM ??. Contohnya telah banyak, kalau pehak Pakatan Rakyat buat lapuran baik polis, SPR, SPRM dan sebagainya, biar besar mana pun kes tersebut tapi tindakkannya macam kura-kura berjalan. Sebaliknya kalau puak Umno/BN buat lapuran, biarpun kesnya kecil tetapi tindakkanya sepantas kilat diambil. Beginilah keadaan di Malaysia selagi Umno/BN yang memerintah.

0 Komen pengunjong :