Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat.

“P Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.

“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Er.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

- Malaysiakini

0 Komen pengunjong :