"'Isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap", dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.
"Para peneroka diseru berdemo dan menteri BN dalam kementerian dalam negeri memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukan kemarahan kepada Suara Keadilan.
"Tidak cukup dengan itu, KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan. Harakah pun kena juga. Roket sentiasa diperhatikan," kata idris dalam satu kenyataan hari ini.
"Sebagai sebuah negara demokrasi, sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat.
"Pihak Datuk Seri Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro-BN, sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
"Ini dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang. Apakah ini cara pemberitaan yang betul?. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak," tegas Idris.
"Apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat.
'Setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman pada rakyat," tegasnya.
Idris menegaskan bahawa organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman.
"Malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU-13," tambahnya.
- Malaysiakini
0 Komen pengunjong :