Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama Letak Jawatan

Yukio Hatoyama Pictures & PhotosPerdana Menteri Jepun yang kurang sembilan bulan mengambil alih tampuk pentadbiran negara, hari ini mengumumkan meletak jawatan kerana melanggar janjinya ketika berkempen. Ketika berkempen beliau berjanji untuk memindahkan Stesen Udara Futenma Kor Marin Amerika Syarikat (AS) keluar dari  Okinawa bagi menamatkan kesulitan penduduk yang mengadu mengenai pencemaran serta kadar jenayah yang tinggi,  tetapi beliau menukar fikiran  setelah didapati melakukan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.

Yukio Hatoyama, 62, mengumumkan peletakan jawatannya dalam sidang khas Parlimen. Beliau yang bertaraf jutawan dan berasal dari keluarga berpengaruh juga meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Demokratik Jepun (DPJ). Yukio Hatoyama merupakan Perdana Menteri Jepun keempat yang meletak jawatan dalam tempoh empat tahun.

Selain beliau, Ichiro Ozawa juga akan melepaskan jawatan nombor dua partinya. DPJ dijangka mengundi untuk memilih ketua yang baru, Jumaat ini. Menteri Kewangan, Naoto Kan, yang juga Timbalan Perdana Menteri, disebut-sebut sebagai pengganti Hatoyama.

Kembara Jr ..... Tengoklah bagaimana orang Jepun bertanggongjawab diatas kegagalan sesuatu disebabkan kerana dirinya. Mereka sanggup meletak jawatan untuk bertanggongjawab, malah sesetengah kes kerana malu dan bertanggongjawab atas sesuatu kegagalan ada yang sanggup bunuh diri.
Macam mana dengan pemimpin-pemimpin 1Malaysia kita, usahkan nak bunuh diri ( Haram bagi kita orang Islam bunoh diri ) nak letak jawatan pun tak mahu. Apa yang mereka buat ada sesuatu kegagalan atau masalah timbul ialah beri alasan, berjela-jela alasan diberikan. Itu saja yang mereka lakukan sebagai tanggongjawab mereka......Takut mis soruuuuuuu............

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :