Kata seorang pembantu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan rakyat Malaysia yang ditawan Israel. Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia. Beliau diiringi beberapa orang pegawai Wisma Putra.
Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel. Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain. Kumpulan itu menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.
Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.
Kembara Jr ..... Alhamdulillah kesemua rakyat Malaysia kita selamat. Ini semua kerana berkat doa kita semua yang kita pohon dari Allah. Diatas kehendaknya lah rakyat kita itu dibebaskan Israel dan dalam keadaan selamat. Alhamdulillah sekali lagi
Kepada kaum keluarga harap semua bersabar. Tunggulah kepulangan yang tersayang dengan mengucap syukur alhamdulillah.............
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :