Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mugilan Mahu Saman Akhbar

Bekas pemimpin MIC, V Mugilan dan G Kumar Mugilan Amman akan mengambil tindakan terhadap akhbar harian Tamil Nesan Daily kerana melaporkan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pimpinannya sebagai 'Kumpulan Anti MIC' di muka depannya, dengan foto mereka berdua dipangkah.

Dalam satu kenyataan akhbar bersama hari ini, Mugilan menegaskan mereka hanya menentang individu dan kepimpinannya dan bukan parti yang mana mereka masih sebahagian dan bangga dengannya (parti). Mereka masih mempunyai keyakinan bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan mempertimbangkan secara adil rayuan mereka untuk diterima semula ke dalam parti itu.

Beliau menuduh akhbar berkenaan cuba mencemar dan memperkecilkan niat mulia mereka, pada 5 Jun, sambil menambah bahawa pemecatan mereka tidak dilakukan mengikut perrlembagaan MIC.

Mugilan, bekas timbalan ketua Pemuda MIC, mengulangi bahawa kritikan mereka terhadap presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dibuat demi kebaikan parti dan masyarakat.

Katanya, mereka akan memfail saman fitnah terhadap akhbar harian berbahasa Tamil itu.


Kembara Jr.......... Dua orang MIC ni nak mengambil tindakan terhadap akhbar harian Tamil Nesan Daily tu kerana Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pimpinannya ditudoh sebagai Kumpulan Anti MIC ke atau ada sebab lain. Aku rasa itu bukan sebabnya, tentu ada sebab lain.

Aku rasa sebab utamanya ialah surat khabar ni tidak memihaknya dalam krisis MIC yang berlaku sekarang ini. Jadi kuranglah hebahan atas sesuatu yang dilakukan oleh pehaknya. Lihatlah semasa perhimpunan GAS hari tu tak ramai ahli MIC yang datang sebagaimana yang dianggarkannya. Kurang maklumat lah tu agaknya......

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn 

0 Komen pengunjong :