Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar : Kedutaan AS Janji Memo Sampai Ke Washington Minggu Depan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya   selepas menyerahkan memorandum mengutuk serangan Israel kepada kedutaan Amerika petang ini berkata yang kedutaan Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa memorandum tersebut akan dimajukan kepada Washington minggu depan. Turut sama Ketua Pembangkang semasa menyerahkan memorendum itu ialah Timbalan Presiden PAS dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Memorandum empat halaman kepada Presiden Barrack Obama itu antara lain menuntut Amerika Syarikat bertegas terhadap keganasan tentera Israel dalam menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Memorandum yang mewakili badan NGO dan parti politik pembangkang itu juga mendesak agar PBB menubuhkan satu badan bebas bawah seliaannya  untuk menjalankan inkuiri terhadap peristiwa 31 Mei lalu.

Selain itu,  Anwar juga menegaskan sambutan ribuan rakyat pada hari ini begitu hebat dalam menentang kezaliman Israel. Katanya lagi punca kezaliman ini ialah Amerika, dimana negara tersebut terlalu berlembut dengan Israel. Bagi Lim Kit Siang beliau turut menuntut rakyat bersatu tak kira kaum, agama dan parti politit melawan kezaliman Israel sehingga keadilan berjaya ditegakkan di Palestin  Sementara Nasharuddin pula berkata rakyat Malaysia hari ini tak kira kaum, agama dan parti politi bersatu hati menghantar mesej jelas kepada Washington dan sekutunya, Tel Aviv bahawa kita mengutuk serangan Israel.

Nasharuddin kemudiannya menutup ucapan dengan membaca doa dan diiringi dengan ucapan takbir sebanyak tiga kali sebelum perhimpunan disuraikan.


Kembara Jr .....Sama ada memorendum itu sampai atau tidak ke Washington tak penting, kerana kok mana sekalipun Amerika tidak sekali-kali berkasar dengan Israel. Apa yang penting ialah kita telah melaksanakan satu tugasan besar yang amat berjaya dengan pulohan ribu rakyat memberitahu dunia yang kita kutuk Israel di atas kebiadaban mereka. Syabas rakyat Malaysia, kita mampu buat ikut acuan kita.

Sekurang-kurangnya Israel ataupun mana-mana kuncunya sedar bahawa rakyat Malaysia amat benci Israel tidak sebagaimana yang mereka sangka selama ini. Cuma yang sukakan Israel hanyalah pemimpin Malaysia sahaja, ingat tu wahai Israel. Rakyat Malaysia kecuali pemerintahnya akan terus menentang regim zionis kamu sehingga Negara Plastin akan berdiri tegak. Itulah janji rakyat Malaysia.....

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :