Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tan Sri Khalid : Media Arus Perdana Putar Belit Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa media arus perdana telah memutar belitkan kenyataan beliau berhubung kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Kapar, supaya berlaku perselisihan faham di antara beliau dengan Manikavasagam.

Kata beliau kepada sidang media selepas menemui delegasi pelabur dari Indonesia di Shah Alam hari ini, beliau tidak bermaksud untuk mengeluar kenyataan sedemikian kepada Ahli Parlimen Kapar, beliau cuma menasihat agar Manikavasagam perlu bersedia menghadapi sebarang kejadian selepas beliau mendedahkan penyelewengan projek pasir dalam syarikat Semesta Sdn Bhd, kerana pihak yang terlibat tidak akan berpuas hati terhadap pendedahan itu.

Disamping itu Menteri Besar Selangor itu turut mengutuk tindakan kejam mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap Manikavasagam. Baginya tindakan merosakkan harta benda milik orang lain adalah kejam dan beliau mengharapkan pehak polis melakukan siasatan untuk menyelesaikan masalah ini.

Tambah beliau, pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kapar disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri supaya membantu memperingatkan orang lain agar tidak melibatkan diri dalam rasuah.

Tan Sri Abdul Khalid juga berharap Manikavasagam tidak termakan dengan niat jahat media arus perdana yang mencari jalan untuk melagakan mereka berdua.

Kembara Jr ..... Itulah kerja media pro Umno / BN ni. Tugas nya cari jalan bagimana dapat membantu Umno / BN memporak perandakan dan menjatuhkan gagasan Pakatan Rakyat.  Untuk mencapai tujuan tersebut maka cerita yang tak ada diadakan, lain yang dikatakan oleh anggota pakatan maka lain pula cerita yang akan keluar melalui media mereka. Pendek kata semua tak betul dan tak elok pakatan rakyat dipandangan media arus perdana ni.
Kepada penyokong pakatan rakyat boikotlah media yang dicucuk hidung oleh Umno / BN. Sebagai alternativenya bacalah blog-blog yang pro pakatan rakyat yang banyak boleh kita dapati.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :