Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengakuan Adun Pakatan Rakyat Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Kedah yang diwar-warkan lompat parti tetap setia dengan Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Mereka tidak mudah goyang dengan tawaran pihak Umno / BN yang mahu menumbangkan gabungan itu.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik, dakwaan yang mengatakan beliau mahu lompat parti adalah tidak benar sambil menyifatkan sebagai karut. Beliau akan berdiri teguh menyokong kerajaan PR Kedah yang diterajui Pas. Khabar angin ini semua mungkin strategi terdesak pihak tertentu yang tidak senang dengan pentadbiran Negeri Kedah yang diterima rakyat.

Lim Soo Nee, ADUN Kulim berkata beliau akan tetap setia pada PKR dan pendiriannya tidak mudah goyah hanya disebabkan tawaran wang ringgit mahupun jawatan tinggi. Beliau tidak akan sesekali khianati amanah rakyat yang mengundi beliau.

ADUN Bukit Selambau, S Manikumar pula berkata, apa yang disebarkan itu hanyalah kerja pihak tertentu yang mahu melihat PKR Kedah hancur. Beliau akan tetap dengan pendiriannya dan tidak mudah lupa budi rakyat yang mengundinya. Adun tersebut berkata, beliau sudah lali dengan tohmahan itu. Beliau menasihatkan pihak terbabit yang mahu mengucar-ngacirkan keadaan supaya berhenti segera dan menerima hakikat pemerintah di Kedah adalah di bawah PR.


Kembara Jr ..... walau apa juga pengakuan yang diberikan Datuk Seri Azizan dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain perlu juga berwaspada dan hati-hati. Sudah menjadi kelaziman hari ini buat pengakuan besok berubah pendirian. Biasa lah tu. Walauapapun aku harapkan pengakuan yang diberikan adalah jujur dan iklas. Semoga pakatan akan bertambah kukuh lagi.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :