Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB Kedah : Hanya Mainan Umno

Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menyembunyikan perkara sebenar dalam pentadbiran negeri termasuk ura-ura kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan bubar dalam masa terdekat. Menurutnya, sekiranya ia benar berlaku beliau tidak teragak-agak untuk membuat kenyataan rasmi mengenai isu itu.

Menteri Besar Kedah, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas khabar angin yang bertiup kencang di negeri ini konon empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga Exco Pakatan Rakyat (PR) akan keluar parti dalam masa terdekat.

Mereka yang dikatakan akan berbuat demikian ialah S Manikumar (PKR - Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR - Sidam), Lim Soo Nee (PKR - Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman).
Dakwaan ini timbul berikutan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah dalam waktu terdekat.

Azizan percaya, apa yang berlaku hanya perang psikologi Barisan Nasional (BN) yang mahu memecah-belahkan PR Kedah melalui strategi dan fitnah.

Kembara Jr .....Macam mana pun Datuk Seri Azizan dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain perlu juga berwaspada dan hati-hati. Pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin. Kena ingat-ingat dan tengok-tengoklah datuk. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah yang pertama di Perak tu sebagai pengajaran buat Pakatan Rakyat.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :