Ketua Pembangkang DUN PP akan Diseret Ke Jawatankuasa Hak

Kekecohan berlaku di Dewan undangan negeri Pulau Pinang hari ini apabila Ketua Pembangkang memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa.

Mengulas bantahan rakyat berhubung kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis baru-baru ini, Datuk Azhar bertanyakan sama ada rakyat mahu negara diambil alih oleh tentera memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.


Kenyataan tersebut menyebabkan beberapa ahli dewan undangan negeri PR tidak berpuas hati dan meminta beliau menarik semula kenyataannya tersebut. Walaubagaimanapun Azhar enggan berbuat demikian.

Justeru, usul mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata yang menghasut supaya memberontak dan menimbulkan niat jahat serta perasaan bermusuh-musuhan antara kaum.

Kembara Jr ..... Patut pun di heret ke Jawatankuasa dan Kebebasan kerana nak tunjuk jaguh tak bertempat.  Sebagai pemimpin, dalam masalah bersama perlulah rasional membuat kenyataan atau keputusan. Jangan lah kerana dudok dalam gerombolan yang sama, walaupun yang dibuat itu menyakitkan rakyat masih juga hendak dipertahankan. Sendiri buat sendiri tanggong lah datuk !!!!!

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :