Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Elizabeth Wong : Di Tawar RM13 Juta Untuk Lompat Parti

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mendakwa beliau pernah ditawarkan RM 13 Juta jika bersetuju melompat parti dan berjaya memujuk Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa keluar bersamanya. Exco Selangor itu berkata demikian di hadapan 5 000 hadirin dalam satu ceramah yang diadakan di Besut, Terengganu.

Menurut Adun Bukit Lajang itu, tawaran tersebut dibuat oleh seseorang sehari selepas gambar beliau dalam keadaan mengaibkan tersebar luas menerusi internet. Beliau telah didatangi oleh seseorang dan memberi satu kad berserta dengan nombor telefon untuk beliau hubungi jika bersetuju untuk melompat parti beserta dengan tawaran tersebut. Namun beliau masih dengan keputusannya yang akan tetap komited dengan perjuangan Pakatan Rakyat dan lebih rela meletak jawatan sebagai Exco serta Adun Bukit Lanjan dari mengkhianati amanah rakyat yang diberikan kepadanya.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis yang diadakan di Belakang Masjid Bandar Jerteh itu ialah Tim YDP Kawasan Besut Hj Hasan Salleh dan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman.


Kembara Jr ..... Kalau benar sebagaimana didakwa Elizabeth Wong, inilah dia contoh-contoh pemimpin yang semestinya ada dalam pakatan rakyat. Demi memikul amanah yang diberi rakyat dan berkeyakinan dengan parti, habuan yang boleh memberi masa depan yang cerah ditolak. Teruskan dengan pegangan mu Elizabeth Wong. Kau tetap di puji dengan pendirian mu.

Sayang seribu sayang, tidak semua yang ada dalam PKR berperinsip sebagaimana Elizabeth Wong. Segelintirnya hanya mementing diri sendiri tanpa memikir rakyat memilihnya. Pantang ada kesempatan yang baik disambarnya dan lupa diri siapa sebenar dirinya. Mudah-mudahan setelah beberapa ekor katak dah melompat, maka tak ada lagi spesis katak tinggal dalam PKR.......

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :