Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sayap pemuda PKR Gesa Pengerusi SPR Letak Jawatan

Angkatan Muda Keadilan hari ini mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berpendapat  beliau harus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

AMK mengemukakan gesaan itu dalam usul berkaitan pilihan raya yang diluluskan pada Kongres Nasional Keenam hari ini. PKR yang menurunkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi dua tahun lalu. Zaid telah memfailkan petisyen awal minggu ini, antara lain atas alasan salah laku dalam bentuk pembelian undi ataupun unsur rasuah yang didakwa berlaku semasa pilihan raya tersebut.

Dalam usul berkaitan pilihan raya yang dibentangkan itu, AMK berkata, pengerusi SPR haruslah dilantik daripada kalangan rakyat yang berwibawa dan mempunyai rekod pencapaian yang terbukti mempertahankan integriti dalam tugas.


Kembara Jr ..... Wahai Tuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, jika dirasakan diri tu sudah tidak mampu berkhidmat dengan baik dan adil untuk rakyat buat apa tunggu lagi. Lebeh baik berhenti sajalah. Tak kan nak tunggu sampai rakyat minta berhenti,  sebagaimana di gesa oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidangnya hari ini. Dah sampai tahap ni nampak sangat kita ni tak professional. Fikir lah sebaik-baiknya. Lagipun ingatlah kata-kata bekas Perdana Menteri , Doktor Mahathir,  " Pergilah sebelum orang tak suka ( Bencilah tuuu )

Aku nak ingatkan satu je sebelum aku terlupa, SPR tu badan " bebas ". Bebas tu bagi aku orang yang tak cerdik ni ialah tidak mempengarohi atau dipengarohi. Tidak menyebelahi mana-mana pehak lah senang kata. Itulah lebeh kurang makna bebas bagi aku. Akan tetapi aku tengok SPR yang di ketuai datuk tu dok menempek dan memyebelahi BN tu apa ke bebas tu !!! Tak kan datuk orang berilmu tak pandai nak bezakan. Fikir-fikir lah ya datukkkkk. Lepas tu buatlah SPR tu bebas sebebasnya .......

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :