Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor Mahu Dedah Wakil Rakyat BN Salah Guna Kuota Rumah Murah

Menteri Besar Selangor berkata, kerajaan Negeri akan mendedahkan nama Ahli Dewan Undangan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyalahgunakan kuota pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diberi tugas untuk memastikan kuota yang diperuntukkan kepada ADUN itu diagihkan dengan betul

Dalam satu kenyataan Khalid menjelaskan ketika pentadbiran kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak. Namun, dimansuhkan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada 2008 kerana diragui ketelusannya.

Kata beliau lagi, bagi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil. Kakitangan kerajaan yang tidak layak juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada kerajaan negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar berhak.

Ujar beliau lagi, Ini kerana kerajaan negeri mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbirannya.


Kembara Jr ..... Rumah kos rendah hanyalah diperuntukan kepada golongan berpendapatan rendah sahaja untuk memilikinya, tetapi kita semua sedia maklum ramai juga orang berada memilikinya. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku ?? Tidak lain dan tidak bukan kerana penyalahgunaan kuasa  yang dilakukan oleh orang yang di amanahkan untuk mengendalikannya.

Saranan Datuk Menteri Besar Selangor itu ada kewajarannya. Semoga rumah-rumah murah tersebut akan hanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah sahaja memilikinya. Syabas Datuk, lakukanlah yang terbaik bagi memastikan golongan yang memerlukan rumah tersebut akan dapat memilikinya.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :