Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Manikumar Ulangi Pendirian Tak Akan Keluar Dari PKR

Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu. Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya. Perwakilan bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah itu.

Sebelum ini media pro Umno sentiasa membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat keluar dari PKR.

Katanya lagi, yang menyebabkan rakyat menjadi keliru ialah disebabkan mereka mendengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu.

S Manikumar berkata, beliau hidup berpegang kepada prinsip dan tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut biar pun seinci. Beliau jadi calon bukan sekadar untuk suka-suka, tetapi kerana rakyat yang memilihnya.

Setakat ini dua Adun PKR iaitu Adun Lunas, Mohamad Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu telah mengisytiharkan keluar dari parti PKR. Di Dewan Undangan Negeri Kedah sekarang Pakatan mempunyai 20 kerusi, manakala BN – 14 dan Bebas – 2.

Kembara Jr ..... Syabas Manikumar diatas pendirian dan prinsip awak. Ketegasan beginilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin, bukan yang dari jenis mementingkan habuan dan imbuhan demi perut sendiri tanpa memikir rakyat yang memilihnya.

PKR memerlukan pemimpin seperti anda bagi menguatkan dan memartabatkan parti dimata rakyat. Aku berkeyakinan penoh ini semua dapat dilakukan dengan adanya anda dan pemimpin-pemimpin lain yang berjiwa dan berprinsip sama seperti anda. Insyaallah PKR akan menjadi parti terkuat satu hari nanti.....

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :