Tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan operasi judi sukan yang diluluskan Kerajaan 1Malaysia baru-baru ini mencetuskan konflik antara komponen Barisan Nasional itu sendiri.
Adun Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah menyokong usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak memperkenalkan judi sukan dalam budaya negara ini
Arif Shah berkata, industri judi sukan haram dapat dikawal sekiranya ia dinaungi undang-undang Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Oh Tong Keong pula membantah kelulusan lesen judi ini.
Tong Keong berkata tindakan Perdana Menteri ini hanya akan memberi peluang kepada ah long dan pengusaha judi untuk merembat duit orang-ramai. Tong Keong juga melahirkan kebimbangan judi sukan ini akan menjadi batu loncatan kepada pelbagai aktiviti tidak bermoral yang lain di negara ini.
Kembara Jr ..... Dunia dah terbalik dah, sepatutnya orang Islam menolak judi manakala orang bukan Islam ( Tidak semua ) menerima judi, tetapi sebaliknya berlaku, orang Islam terima orang bukan Islam tolak. Aku rasa ini adalah fatwa yang di tinggalkan oleh Islam Hadari yang Pak Lah perkenalkan dulu.
Arif Shah, mengucaplah banyak-banyak, istighafar lah banyak-banyak, orang bukan Islam boleh tolak judi tapi awak orang Islam yang tahu judi tu haram tapi masih lagi boleh terima. Yang haram tetap haram Areif Shah ooiii !!! tak boleh di halalkan lagi bagaimana cara sekalipun.
Satu lagi yang aku nampak kebelakangan ini banyak pekara dah komponen BN ni tak sekata. Tak sebulu kata orang.Tak macam dulu apabila ada issu masing-masing sependapat. Jelas lah sekarang BN tidak seteguh dulu dengan sokongan komponennya yang padu. Mudah-mudahan keadaan sebegini sebagai petanda satu hari nanti BN akan rebah menyembah bumi.
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
sokong judi diharamkan, bakal mencetuskan jenayah yang lainnya nanti
ReplyDelete