
Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol oleh seorang ketua menteri. Guan Eng mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang beliau melanggar bidang kuasanya kerana melarang judi bola sepak dari beroperasi di negeri itu.
Tegas Guang Eng, sukan tetap sukan, jika judi dibenarkan ianya akan menjatuhkan kualiti sukan kita. Beliau juga mengimbau kembali kegemilangan bola sepak Malaysia semasa Mokhtar dahari bergabung dengan Soih Chin Aun dan Santokh Singh. Katanya, Malaysia pernah menewaskan Korea Selatan satu masa dulu. Sekarang Korea Selatan sudah ke separuh akhir piala dunia. Negara kita di tempat ke 142 di dunia. Kalau judi bola ini kita benarkan, macam mana mutu bola sepak kita selepas ini.
Kembara Jr ..... Seorang yang bukan beragama Islam yang begitu tegas untuk membenteras judi bola yang diluluskan Najib. Beliau bersedia ke penjara jika tindakannya untuk membenteras judi itu salah. Tegas Guang Eng ada bersebab, dia sudah nampak akibat dari judi ini yang merosakan manusia dan masyarakat juga sukan itu sendiri.
Malang sekali bagi kita orang Islam dari pehak pemerintah. Tidak ada seorang pun yang berani melawan supaya lesen judi ini ditarik balik, malah menyokong adalah walaupun mereka semua tahu judi itu haram bagi orang Islam. Sebenarnya semuanya penakut, takut periok nasinya lingkup.bila menentang. Berbeza dengan orang bukan Islam sehingga dia sanggup kepenjara bagi mempertahankan pendiriannya. Itulah realitinya, pemimpin dari Umno ni semuanya jenis anggok kepala menandakan setuju saja bila sesuatu keputusan dibuat oleh Perdana Menteri biarpun ianya melanggar hukum hakam agama. Umno oh Umno !!!!!!!!
.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
0 Komen pengunjong :