Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dendam BN Beterusan Di Serawak


Sudah dijangka dendam BN tidak selesai setakat menggantung dua Ahli Dewan Undangan Negeri sahaja. Semalam, setelah Speaker DUN Sarawak menggantung dua ADUN Pakatan Rakyat iaitu Dominique Ng Kim Ho(PKR - Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP - Kota Sentosa),kini BN bakal melakukan perkara yang sama terhadap seorang lagi ADUN DAP iaitu Ting Tze Fui (Maradong)bagi membalas dendamnya itu. Beliau telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung kenyataan yang dibuatnya November lalu. Beliau juga akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Menurut ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam berterusan BN atas kekalahan kerusi Sibu Ahad lalu.

Kembara Jr ..... BN sepatutnya lebeh professional dalam hal ini memandang parti itu telah lama memerintah negara dan dah masak dengan pilihan raya ini. Biasalah kan !!, menang atau kalah adat pertandingan. Kalau kalah, ada peluang cuba lagi dilain kali. Kita kaji dan selidiklah kenapa kita kalah, kemudian kita perbetulkan mana yang silap dan salah. Habis cerita.....

Cuma apa yang aku nampak dan boleh kata, BN ni memang parti dah lama. Aku rasa dek kerana dah lama jadi sudah ada unsur-unsur nyanyok kepadanya. Jadi puak-puak ini tidak boleh buat pertimbangan lagi. Ya lah orang nyayuk  Jadi rakyat Serawak biarlah orang nyanyok dengan aksinya.

Cuma nak aku ingatkan kepada puak-puak BN, kok, kok dak ingat. Pilihanraya negeri bakal diadakan tidak lama lagi. Semasa itu kamu tunggulah pastinya rakyat Serawak akan menghukum diatas kebiadaban kamu lakukan kepada wakil mereka. Oleh itu kepada rakyat Serawak, bersabarlah buat sementara dengan tindak tanduk BN ketika ini. Sabar itu separuh daripada Iman dan Allah bersama orang yang beriman. Satu hari nanti kita malukan puak-puak BN ini..........

..............Lawannnnn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :