KUALA LUMPUR:
'Fatwa' terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang
disiar Berita Harian bahawa perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu
sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan
darah golongan bughah (pemberontak)” mengundang amarah rakyat marhaen.
Menyifatkan ianya sebagai menghina rakyat, luahan dan kekecewaan mereka dilemparkan di media sosial Facebook dan Twitter.
"Satu lagi mufti tak cerdik mula dah bercakap.Dia tak tau ke definisi bughah tu apa?" kata salah seorang pengguna Facebook.
"Mmg
(memang) sahih ke Harussani cakap camtu? Jika mmg benar dia keluarkan
kenyataan itu, wajib dia bertaubat nasuha dan semak kembali niat dan
tujuan ilmu dia selama ni," soal seorang lagi pengguna Facebook.
"Huh..cuba
tanya Harussani..halal ke biaq (biar) pemimpin tipu n (dan) sapu duit
rakyat serupa mak bapak depa punya harta," tanya sorang lagi pemuda.
Harussani
dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian juga turut membidas PAS
ekoran turut menyertai himpunan tersebut dan menyifatkan PAS sebagai
cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.
“Sepatutnya
semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan
dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya
seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.
Pada
malam 31 Disember lalu, puluhan ribu rakyat marhaen turun ke Dataran
Merdeka menyertai Himpunan Turun sebagai membantah tindakan BN menaikkan
harga beberapa barangan keperluan yang mengundang kenaikan kos sara
hidup.
Himpunan yang berlangsung aman itu sejak awal cuba dilabel sebagai himpunan mengguling kerajaan.
Bagaimanapun
tiada sebarang insiden tidak diingi berlaku pada malam itu walaupun
pihak berkuasa mendakwa menjumpai bukti senjata yang dikaitkan dengan
himpunan itu.
-/ Harakahdaily
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
10 hours ago
0 Komen pengunjong :