Anak
perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang
dimainkan kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan
kepada negara.
Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina
Mahathir (gambar) mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh
melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat
oleh pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang
kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa
terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang
dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin
kerajaan?
“Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?" tanya beliau dalam tulisannya.
Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka
menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter.
Tanpa namakan mana-mana pihak, Marina menulis, pemimpin negara lebih
senang menghabiskan masa untuk mempertahankan kesilapan yang dibuat oleh
keluarga sendiri daripada bercakap untuk pihak yang lemah dan tidak
terbela dalam masyarakat.
"Ia sangat memalukan," katanya kerana rakyat Malaysia dipimpin oleh
orang-orang yang jahil, tidak berpengetahuan tetapi bangga menjadi
demikian.
"Kita berharap rakyat Malaysia yang terbaik semasa semua perayaan, tapi
bagaimana ia tiba-tiba menjadi ancaman kepada iman kita?
“Atau adakah iman kita begitu rapuh dan tidak dapat menghadapinya? "tanya beliau hari ini.
Marina juga menulis, hampir setiap hari rakyat dilarang dari menyentuh
sesuatu menyebabkan slogan "Malaysia Boleh" sudah menjadi "Malaysia
Tidak Boleh".
"Kami diberitahu kita tidak boleh baik antara satu sama lain kerana ia
mungkin mengancam iman sebahagian daripada kita. Kita diberitahu bahawa
kita tidak boleh bercakap terus-terang kerana sesetengah orang mungkin
akan tersinggung.
"Jadi, pada asasnya, rakyat Malaysia berbangga sebenarnya mempunyai
iman yang lemah yang memerlukan bantuan kerajaan yang berterusan dan
mempunyai rasa rendah diri.
"Inilah cara berfikir mereka dan mereka kira ini cara yang paling cepat
ke syurga iaitu dengan menindas orang lain. Cantik!" katanya.
Dia juga menulis, negara sekarang mempunyai kerajaan yang berkuasa
tetapi tidak disukai rakyatnya, tetapi mereka (kerajaan) tidak faham
mengapa.
"Dan dalam jawapannya, mereka kira semua yang rakyat mahu ialah menjadi lebih beragama dan untuk dibeli," katanya.
Marina mengakhiri ruangannya dengan berharap tahun 2014 ini lebih ramai
rakyat yang bangkit dan faham bahawa negara berada dalam bahaya.
"Untuk berjaya dalam dunia hari ini adalah dengan menjadi kuat.
Kekuatan datangnya dari ilmu dan memahami realiti hidup hari ini dan
bukan hidup dalam pulau fantasi bersama orang jahat," tulisnya.
-/ TMI
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
10 hours ago
0 Komen pengunjong :