Bukan saja para pemimpin Pas terkhususnya Khalid Samad, Dr Rani
Othman ataupun Dzulkefli Ahmad, ahli dan penyokong Pas Selangor juga
tidak perlu mengenang, mengingat bahkan menyebut nama Hasan Ali atau
Hasan Akidah lagi. Biarlah nama itu buruk dan mereput bersama berlalunya
musim dan zaman. Jangan merasa kesal dan hiba kalau nama itu subur
dalam Umno atau apa-apa Ngo kerana semangnya Umno wajar menjadi baja
kepada orang seperti Hasan Akidah.
Jadi kalau ada desas desus mengatakan Hasan Akidah hendak berdebat
dengan Pesruruhjaya Pas Selangor Dr Ab Rani Othman atau sesiapa usah
dilayan, dan anggaplah kerenah Hasan itu bak si ayam iseng yang gilakan
sangkak. Begitulah dalam dunia ayam.... apabila seekor ibu ayam hilang
kuasa, hilang kudrat dan hilang peluang untuk mengeramkan telornya dia
akan menjadi iseng dan tidak waras, berak dan kencingnya juga tidak
lawas. Dia akan menyebut-nyebut kepada sangkak dan bekasnya. Perjalanan
dan pergerakannya macamlah ayam gila. Kata Mohd Amar Nik Abdullah ayam
gila tidak boleh disembelih apa yang boleh diharapkan biarlah ia
dilanggar lori begitu saja.
Dia teringat apa yang ada di dalam sangkak atau hidup sebagai seekor ibu
ayam yang sedang mengeram telor (kuasa) yang mana banyak keistimewaan
dan kuasanya. Ayam di atas sangkak berada di tempat tinggi berbanding
dengan ayam-ayam lain, yang tidur dalam reban secara semula jadinya. Ibu
ayam mengeram di bawah perutnya ada puluh telor yang boleh dianggap
sebagai zuriat dan kuasa kepada statusnya sebagai ibu ayam. Bapak ayam
juga tidak akan terliur untuk mengusik ayam yang sedang mengeram kerana
menghormati ia sedang mengerjakan amanah mulia sebagai ayam, bagi
meneaskan generasi penerus.
Namun seperkara perlu diingatkan mengenai perangai ayam menyeram ini ia
memiliki tahi yang besar dan busuk, keras dan liat. Di masa kecil dulu
saya selalu melihat bagaimana jijik dan peritnya kawan-kawan yang
terpijak tahi ayam mengeram! Hehe...
Jadi kalau Hasan Akidah ada menyebut keinginan hendak berdebat dengan
pemimpin Pas, itu bermakna dia terkenang kepada musim-musim percintaanya
di dalam Pas dan kekuasaanya sebagai ahli Parlimen dan anggota Exco.
Kononnya perdebatan itu untuk mencari jalan penyelesaian, adalah bohong
sama sekali.
Kalau pun hendak memperbetulkan kesalahan Pas juga bohong sama sekali.
Perdebatan itu tidak lebih dan tidak kurang bagi Hasan menunjukkan
kebijaksanaannya dalam berpidato, bercakap menggunakan bahasa bambastik
dan penuh retorik sedangkan ia tidak lebih dari jalak yang berkokok atas
jemburan - kokok berderai-derai ekor dan sayap bergelumang tahi. Dan
kalau Hasan 'tergehan' hendak berdebat juga bagi mengilang air liur
ajaklah Khir Toyo untuk beradu mulut, rasanya Khir adalah regu terbaik
kerana kedua mereka merupakan orang 'mengulatkan' diri dalam politik
partian masing-masing.
Nasihat kepada Hasan dia tidak perlu menyentuh dan terkenang kepada Pas
lagi. Dia tidak ada kena mengena apa dengan Pas. Dia sudah memilih jalan
baru menyokong Umno atas prinsi-prinsip yang dijalurkan dalam Ngonya.
Perjuangan Hasan serasi dengan Umno. Aspirasinya sama dengan Umno.
Matlamatnya sama dengan Umno. Nah... elok kalau Hasan menumpukan tenaga
dan usaha kepada memastikan Umno menang di Selangor. Terbaik buatnya
kemenangan itu akan membawa tuah kepadanya.
Terlanjur bercakap fasal Hasan, saya teringat kata-kata Hasan kepada
saya di Legend Hotel Kuala Lumpur pada suatu hari. Katanya; berikan saya
tiga bulan (sebagai MB) saya akan dapat menyelesaikan banyyyakkkkk...
masalah di Selangor. Tiga bulan sheikh, tiga bulan saja, katanya sambil
mengangkat tiga potong jari, jari manis, jari tengah dan jari telunjuk.
Bergetar-getar dengan mimik muka dan mencebek mulut macam punggung
kerbau hendak beranak songsang.
Saya memahahami konotasi dan irama kata-kata itu menujukkan Hasan
seorang yang kelas dan profesional dalam pentadbiran. Dia ingin
mengatakan dia adalah pakar segala-galanya. Dia membayangkan dia lebih
bijak dan mampu dari Khalid Ibrahim MB Selangor kini. Tetapi....
Dalam pertemuan itu saya ada bertanya kepadanya apa akan jadi kalau
Datuk tidak akan dilantik menjadi Pesruhjaya Pas Selangor. (Saya sudah
tahu yang dia tidak akan dilantik). Apakah Datuk kecewa? Oh tidak...
saya redha... kalau ada orang berkampuan dari saya, kalau ada orang
lebih bijak dari saya... saya sedia melepaskan jawatan itu... Itulah
jawaban Hasan Akidah yang ketika itu meletakkan harapan dan penghormatan
tinggi saya kepadanya. Saya mengira dia akan menterjemahkan kesucian
dan keikhlasan tutur bicaranya.
Tetapi apabila beliau telah membuat seribu onar yang bertolak setelah
tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor diikuti dengan tindakan
beliau seperti hari ini - menjadi persis ibu ayam mengeram, segala
penghormatan itu hilang bahkan timbul rasa sedih dan hiba kerana begitu
jadinya nasib seorang fasalitator terhebat dan terhandal di negara ini
yang telah khatam Quran dalam usia 12 tahun. Sungguh tidak sangka sejauh
itu walaupun kesetiaannya sudah dijangka sejak awal-awal lagi.
Sekali lagi diulangi, permintaan atau cabaran Hasan Akidah itu jangan
dijawab oleh sesiapa di Selangor. Biarlah dia berkokok sendiri seperti
burung ketuk (pungguk) di pelepah nyiur.... kerana ia akan berhenti
bergeduk (berkokok) apabila hari menjelang siang. Burung ketuk (alis
hantu dan sama specis dengannya nya ) hanya galak di malam hari
terutamanya di malam samar-samar diterang bulan dan akan diam bila
mentari sudah menglalahi hari. Hassan kini merindui semula bulan yang
pernah jatuh ke atas ribanya. [wm.kl.12:32 t/hari 09/07/12]
-/MSOmelayu
.
0 Komen pengunjong :