Anwar Tidak Berganjak Dengan Tuntutannya


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.
Beliau belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonannya supaya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu. Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri. Katanya menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir. Walaubagaimanapun, tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, beliau sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka, kata Anwar.

Kembara Jr.......... Nampak sangat keadilan untuk Anwar dinafikan dimana-mana perbicaraan sekalipun. Tengoklah perbicaraannya dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen. Beliau tidak dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh saksi. Kalau begini keadaannya saksi boleh bercakap apa sahaja dia mahu dan Anwar pula tidak ada peluang untuk membela dirinya.

Lawannn.....Tetappp....Lawannn

0 Komen pengunjong :