IPOH:
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kemungkinan mendapat maklumat
yang salah hingga sanggup mengeluarkan 'fatwa' keterluan mendakwa
peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.
Ketua
Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, PAS
merasakan Harussani membuat kenyataan tersebut bergantung semata-mata
laporan akhbar arus perdana dan media elektronik.
Menurutnya,
laporan media jelas menyatakan perhimpunan tersebut mahu menggulingkan
sebuah kerajaan yang sah dan berdasarkan laporan itu, tanpa mendapat
maklumat yang tepat dari sumber lain menyebabkan Mufti Perak itu
mengeluarkan fatwa yang songsang itu.
"Namun begitu, sebagai
seorang mufti yang wibawa, berpengalaman dan sudah lama berkhidmat,
beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dianggap fatwa
terburu-buru.
"Apapun alasan, Mufti Perak tetap tersilap dan salah dalam mengeluarkan kenyataan seumpama itu," katanya kepada Harakahdaily.
Jelas
beliau, fatwa songsang itu telah memberi kesan yang negatif kepada
institusi mufti itu sendiri sekalipun kenyataan itu bukan fatwa rasmi
tetapi rakyat yang jahil akan menjadikan kenyataan itu pegangan yang
rasmi.
Misbahul berkata, bagi membersihkan nama mufti sama ada
sebagai sebuah institusi yang dihormati atau sebagai individu ulama yang
disegani, Harussani wajar menarik balik kenyataannya dan meminta maaf
pada rakyat khususnya yang berhimpun pada malam ambang tahun baru itu.
"PAS
Perak menasihatkan dan menegur agar beliau (Harussani) lebih
berhati-hati dalam menyanggah hak-hak rakyat untuk berhimpun, juga
berhati-hati dan menapis laporan-laporan akhbar yang bersifat propaganda
semata-mata.
"Gunakanlah pegawai-pegawai kanannya di pejabat
Mufti untuk mencari sumber lain yang lebih sahih dan boleh dipercayai,"
jelasnya lagi.
Tegas beliau, sebagai seorang mufti, bukan sahaja
betanggungjawab dalam menjaga hal ehwal berkaitan dengan aqidah rakyat
tetapi lebih bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan halal haramnya
perjalanan pemerintahan hari ini.
Beliau katanya perlu menegur
kepincangan dalam amalan kerajaan seperti rasuah yang berleluasa,
pembaziran, salah guna kuasa, penyelewengan, program-program maksiat
anjuran kerajaan dan sebagainya.
"Sebagai Mufti, sangat tidak
wajar mengikut telunjuk pihak yang berkuasa dan menjadikan rakyat
seolah-olah musuhnya melalui kenyataan songsang," tegasnya lagi
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
11 hours ago
0 Komen pengunjong :