KUALA LUMPUR: Kelemahan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak bakal mengundang 'malapetaka' besar buat negara Malaysia yang tercinta ini.
Pengarah
Eksekutif Pusat Penyelidikan PASDr Dzulkefly Ahmad berkata, dua masalah
kritikal yang sedang melanda negara- akan menjadi malapetaka jika Najib
gagal menanganinya dengan segera- adalah kemelut kos saraan hidup
(ekonomi) dan konflik atau pertentangan kaum-agama.
Menurutnya,
bebanan hutang dan defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut
menunjukkan dasar kerajaan BN dan terkini Najib tersasar dalam mengejar
Pertumbuhan dengan kaedah 'mengepam' ekonomi dalam kitaran melembap
(bearish) dan juga zaman cergas (bullish).
Akibatnya hutang
persekutuan yang telah hampir mencapai had 55 peratus daripada KDNK
negara , (RM543.3 bilion yang tepat sebagai laporan MOF ), meletakkan
Malaysia diambang kebejatan pengurusan kewangan yang ditegur pelbagai
pihak termasuk Bank Dunia dan agensi penarafan.
Lagi menampakkan
kelemahan apabila Najib katanya, apabila menyalahkan hutang tersebut
kepada pemberian subsidi RM46.7 bilion kepada rakyat.
Sedangkan
kata Dzulkefly, antara penyebab utama kepada hutang itu adalah
'perbelanjaan boros' kerajaan, dasar monopoli, pemberian projek runding
langsung yg menguntjngkan kroni, serta ketirisan berbilion ringgit yang
saban tahun berlaku seperti Laporan Ketua Audit Ngara.
"Ketahuilah
Najib, bahawa statistik negara kebajikan seperti Nordic, Austria dan
Belanda memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% daripada KDNK mereka untuk
subsidi.
"Lebih menarik lagi, subsidi yang besar ini telah
menyebabkan kemiskinan berkurang, dan tidak pula menjadi penyebab bajet
negara itu menjadi defisit," katanya.
"Jadi Najib salah dalam hujah 'rasionalisasi subsidi' diperlukan untuk mengelak negara dari menjadi bankrap'," kata beliau lagi.
Penarikan
subsidi, tegas Ahli Jawatankuasa Pusat itu, pastinya akan membawa
pelbagai kenaikan kos saraan hidup seperti yang telah pun diketahui dan
ditakuti ramai.
Jurang kaum-agama
Menurut
Dzulkefly lagi, pendirian longgar Timbalan Perdana Menteri terhadap
cadangan wakil Umno dan beberapa NGO yang mahu mengadakan demonstrasi di
hadapan gereja di Selangor esok adalah satu lagi kelemahan yang bakal
mengundang 'malapetaka'.
"Ia menandakan permulaan tahun
bermasalah (2014) di mana konflik agama semakin meruncing dalam
masyarakat yang sudah pun terbelenggu dengan isu Kalimah Allah.
"Pandangan
yang memecah-belahkan dan isu undang-undang emotif terhadap kalimah
Allah telah mengundang pertikaian tanpa henti dan tiada usaha yang
berkesan, apatah lagi penyelesaian oleh kerajaan," tegas beliau.
Lebih parah apabila Najib dilihat mengambil sikap berdiam diri kerana membisunya itu adalah sangat memekakkan rakyat.
"Seperti pepatah mengatakan "Tanpa kepimpinan bijak, negara jatuh, tetapi dengan penasihat yang baik ia boleh diselamatkan".
-/ Harakahdaily
"Namun
dalam dua keperluan kritikal ini, nampak seperti negara ini tidak punya
kedua-dua sekali sedang negara berhajatkan kepada ketegasan dan wibawa
kepimpinan untuk membawa negara keluar dari kemelut ini," ujarnya.
Kelemahan kepimpinan Najib dalam kemelut mutakhir ini, tegas beliau lagi, pastinya mengundang celaka kepada rakyat dan negara.
"Hal
ini adalah sangat malang. Mungkin negara benar-benar memerlukan sebuah
'agenda rekonsiliasi', bukan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tetapi
bagi memacu reformasi dan penambahbaikkan sebenar.
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
11 hours ago
0 Komen pengunjong :