KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling
kerajaan', ternyata melulu dan tersasar.
“Proses saman akan
bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan nama SAMM,” ujar Pengarah
Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, aksi protes di Dataran Merdeka adalah kemenangan besar buat rakyat yang menjadi penganjur.
Katanya,
kehadiran puluhan ribu demonstran menjadi bukti bahawa propaganda polis
dan kerajaan gagal mengalih isu sebenar iaitu tuntutan menurunkan kos
sara hidup.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Akhirnya
Dataran Merdeka sekali lagi menjadi medan protes rakyat apabila seramai
50 ribu orang memenuhi segenap padang dan jalan di depan bangunan Sultan
Hishamuddin. Ia satu lembaran sejarah baru selepas kali terakhir
Dataran Merdeka menjadi medan protes rakyat ialah pada tahun 1998 tetapi
kini ia berulang dengan kekuatan rakyat.
Aksi kebangkitan rakyat
semalam menjadi berita dunia, melaporkan bahawa tahun 2014 bukan sahaja
merupakan tahun melawat Malaysia, tetapi juga tahun perlawanan menuntut
kos sara hidup diturunkan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
merakam syabas dan tahniah buat semua anak muda aktivis dan mahasiswa
khususnya mereka yang terlibat dalam Gerakan3112 #RPDM31D yang menjadi
penggerak utama. SAMM juga ingin menegaskan beberapa perkara;
1.
Dua pengumuman dari Perdana Menteri dan Timbalannya, untuk turun elaun
menteri dan untuk kaji semula rasionalisasi subsidi merupakan salah satu
kejayaan protes. Namun rakyat tidak mudah ditipu, potong gaji 10% tidak
menutup pembaziran, ketirisan, salah guna kuasa dan sebagainya. Najib
berani potong gaji menteri, apakah berani memotong perbelanjaan Rosmah?
2.
Lebih 1,300 laporan polis yang dibuat oleh Umno dan NGO pro-BN kononnya
akan berlaku keganasan pada malam tahun baru termasuk 'himpunan guling
kerajaan' meleset sama sekali. Protes berlangsung dengan aman, tiada
yang cedera dan tiada kerajaan yang terguling.
3. SAMM mengutuk
cubaan fitnah pihak polis apabila menaikkan gambar palsu di laman
facebook rasmi PDRM kononnya terdapat seorang anggota yang cedera parah
ketika bertugas di Dataran Merdeka malam tadi. Walaupun permohonan maaf
telah dibuat oleh PDRM melalui laman yang sama, integriti polis dalam
menyebarkan berita cukup terjejas. Ini juga bukan kali pertama, ketika
Bersih 3.0 dulu berita kematian anggota polis disebar dan polis percaya
propaganda jahat ini lalu bertindak ganas terhadap peserta demo.
5.
Persembahan konsert dihentikan oleh penganjur setelah melihat peserta
demonstrasi berbaju hitam memenuhi keseluruhan padang. Tiada seorang pun
peserta himpunan yang naik ke pentas konsert seperti yang dilaporkan
oleh TV3.
6. Ucapan Datuk Bandar yang berbaur provokasi tidak
berjaya membangkit kemarahan rakyat untuk merampas pentas, malah hadirin
tetap bertenang. SAMM turut menyifatkan konsert yang menelan belanja
mewah RM15 juta itu wajar dihentikan oleh rakyat. Ini kerana ketika
ramai yang terkesan kenaikan berantai kos sara hidup, sebuah agensi
kerajaan sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat. Sepatutnya sambutan
tahun baru perlu bersifat muhasabah.
7. Pihak polis menuduh SAMM
dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling kerajaan', ternyata
tuduhan ini melulu dan tersasar. Proses saman akan bermula dalam masa
terdekat bagi membersihkan nama SAMM.
8. Aksi protes di Dataran
Merdeka adalah kemenangan besar buat rakyat yang menjadi penganjur.
Kehadiran puluhan ribu demonstran menjadi bukti bahawa propaganda polis
dan kerajaan gagal mengalih isu sebenar iaitu tuntutan menurunkan kos
sara hidup.
SAMM yakin gerakan rakyat ini tidak akan terhenti di
sini. Protes akan diteruskan selagi kerajaan tidak 'turun' dan SAMM akan
mengganda usaha untuk mobilisasi lebih besar dalam satu lagi himpunan
raksasa yang dijangka berlaku pada Hari Buruh tahun 2014.
0 Komen pengunjong :