KUALA LUMPUR: Kedatangan tahun baru 2014 tidak disambut gembira oleh majoriti rakyat, tulis blogger Shahbudin Husin.
Baginya,
ramai yang menganggap tahun 2014 ini adalah tahun sengsara buat rakyat
berikutan kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berpunca
daripada kelemahan Najib dan anggota kabinetnya dalam mengurus ekonomi
dan negara.
Dalam masa yang sama, sambutan kedatangan tahun baru 2014 juga bagaikan suatu malapetaka buat Najib.
Menurutnya,
jika tahun-tahun sebelumnya, kedatangan tahun baru disambut dengan
kegembiran, keriangan dan percikan bunga api yang bergemerlapan tetapi
pada tahun ini ia dimulakan dengan demonstrasi Turun di Dataran Merdeka
bagi membantah kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang kian
meningkat.
Katanya, kehadiran puluhan ribu orang, khususnya
anak-anak muda dalam perhimpunan Turun adalah petanda jelas bahawa
kerajaan pimpinan Najib semakin tidak popular di mata rakyat.
“Meskipun
pelbagai dakyah dan propaganda cuba dialunkan sebelum ini termasuk
mengaitkan kononnya perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan
sehingga hampir dua ribu golongan pendek akal turut membuat laporan
polis mengenainya, hakikatnya rakyat tidak terpedaya dan goyah
dengannya,” tulis Shahbudin di dalam blognya.
Beliau menambah,
berlangsungnya perhimpunan dengan aman dan tanpa kejadian besar yang
tidak diingini, bukan saja membuktikan kematangan rakyat dalam melakukan
sesuatu yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi juga membuktikan
agenda mengguling kerajaan dan mencetuskan huru-hara bukanlah perkara
pokoknya.
-/ Harakahdaily
Leftenan polis belasah kapten di pusat hiburan
10 hours ago
0 Komen pengunjong :