Siapa paling untung dari piala dunia

2010wc_poster JOHANESBURG– Piala dunia Afrika Selatan kini menuju penghujung dan selepas perlawanan  terakhir Belanda dan Sepanyol, awal pagi esok tirainya akan dilabuhkan.
Satu soalan yang mungkin tidak terfikir saat ini ialah siapa atau pihak mana yang paling menikmati hasil piala dunia 2010 ini.
Bagi Eddie Cottle, wakil perkhidmatan penyelidikan buruh piala dunia, FIFA adalah pihak utama yang menikmati hasil Piala Dunia.  FIFA kali ini mendapat keuntungan lebih banyak dibandingkan piala dunia di negara-negara lain.

"Masalah di Afrika Selatan adalah: Ke mana perginya wang sebanyak itu dan siapa yang sebenarnya mengeruk untung dari piala dunia.
"Jawaban kami: kontraktor, FIFA dan agen-agennya," tegas Eddie Cottle, pengkritik tetap piala dunia di Afrika Selatan.
Sebanyak 1.5 bilion Euro dari 400,000  penonton piala dunia  diperoleh Afrika Selatan. Padahal ada pengeluaran bagi pembangunan infrastruktur saja sekitar 1.7 bilion  Euro.
Sementara jumlah yang akan diperoleh FIFA pada malam final 11 Julai sebagai keuntungan bersih lebih kurang 3.3 bilion Euro.
Nkosinathi Jigega, anggota NGO Street Vendors yang menguruskan para pedagang kaki lima di Port Elizabeth, menyatakan  FIFA tanpa kompromi mengusir para pedagang kecil dari lapangan parkir stadium untuk memberikan tempat bagi penaja  seperti McDonalds dan Coca Cola.
 Lokasi itu sebelumnya dibiayai oleh para pembayar sewa.
"Slogan piala dunia Afrika hanya taktik pemasaran. Kenyataannya, perusahaan Eropah dan FIFA menggunakan wang yang menjadi beban warga Afrika Selatan. Kerana semua yang anda lihat di televisyen telah disiapkan oleh pemerintah Afrika Selatan," kata Jigega.
Di bar-bar Afrika Selatan yang juga menjadi perbincangan, setelah kalahnya pasukan  Bafana Bafana dari kejohanan,  siapa yang akan membayar tagihan dan apakah semua usaha keras membuahkan hasil.
Kenneth yang bekerja di sebuah bar kecil di Soweto menjawab "Ya, bagi saya peribadi, piala dunia menguntungkan. Kerana sekarang saya punya pekerjaan. Dulu tidak. Piala dunia memberi banyak kesempatan dan khususnya mewujudkan peluang kerja. Dan ini akan terus berlangsung."
Innocent, seorang pemilik bar, sebaliknya memiliki pendapat yang juga merupakan pemikiran sebahagian besar warga Afrika Selatan akhir-akhir ini.
"FIFA yang paling beruntung. Setidaknya lebih dari kami warga biasa Afrika Selatan. Wang akan mengalir ke pihak yang sudah memiliki wang juga."
Wartawan penyiasatan British  Angrew Jennings menulis sebuah buku yang khususnya di saat Piala Dunia ini laris di Afrika Selatan.
Buku berjudul Foul tersebut memaparkan mengenai kekuasaan FIFA yang meragukan. Ironisnya, Sepp Blatter, presiden FIFA berharap, setelah kejohanan berakhir ia akan diusulkan untuk meraih hadiah  Nobel.

- FMT

0 Komen pengunjong :