Ahli MIC setuju pemilihan pemimpin tanpa mengira kasta

Oleh : Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Pemimpin bahagian dan cawangan MIC  sangat gembira jika pemimpin utama parti terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kelas atau kasta.
Tinjauan di kalangan pemimpin peringkat cawangan dan bahagian MIC mendapati zaman telah berubah dan
MIC_logoKetua MIC Teluk Intan, Datuk K Ramakrishnan berkata, sistem kasta mesti diketepikan jika MIC mahu melahirkan pemimpin yang boleh menjaga kepentingan kaum India.

Katanya, jika sistem kasta menjadi panduan, MIC dan kaum India sukar untuk mendapat pemimpin yang baik dan bertanggungjawab.
"Kita  (India Malaysia) tidak perlu kepada kasta lagi. Kalau di India kasta masih kuat.
"Negara kita sudah maju, jadi pemilihan perlu dibuat secara terbuka," katanya ketika ditemui di perhimpunan MIC di ibu negara semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan Perdana Menteri yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya pemilihan pemimpin MIC tidak berdasarkan kepada kasta.
Presiden Umno itu berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung MCA di ibu negara semalam.
Manakala P Subramaniam dari Selayang, Selangor pula banyak kebaikannya jika pemilihan pemimpin dibuat tanpa mengira kasta seseorang.
"Yang penting kita kena tengok dan menilai kemampuan, kesungguhan dan sama ada layak atau tidak untuk menjadi pemimpin.
"Tentu ramai juga mereka yang bukan dari kasta tinggi  boleh menjadi pemimpin MIC yang baik dan membawa kemajuan kepada masyarakat India," katanya.
Vellusamy dari Teluk Kemang, Port Dickson berkata, pemilihan untuk sebarang jawatan MIC perlu dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pemimpin.
"Tak kan orang bawah nak duduk di bawah selama-lamanya. Pemimpin cawangan nak juga menjadi pemimpin bahagian," katanya.

- FMT

0 Komen pengunjong :