Nasharuddin Mat Isa ditolak di Kelantan?

Persoalan yang timbul pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 di Kota Bharu kali ini ialah apakah orang Kelantan menolak Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa kerana tidak ada gambarnya dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu. Persoalan tersebut dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di muktamar itu hari ini.

Menjawab persoalan tersebut Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan andaian tersebut dan menyatakan keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja seperti gambar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk dipamerkan. Ianya sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti.
Latar belakang pentas Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat hanya meletakkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya Datuk Harun Taib; timbalannya Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Desas desus timbul menyatakan Nasharuddin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN.

Kembara Jr.......... Rasanya perkara yang remeh temeh ini usahlah diperbesarkan kerana ianya tidak mendatangkan faedah baik kepada PAS. Bincanglah isu lain yang lebeh penting kepada agama, bangsa dan negara. Penerimaan keatas seseorang itu bukan terletak diatas banyak mana gambarnya dipamerkan tetapi lebeh penting ialah bagaimana khidmat dan jasanya kepada rakyat.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :