Apakah Muslihat Sebenar Thamrin

Mohd. Thamrin Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri,  sekali lagi muncul pada majlis Pakatan Rakyat dimuktamar PAS di Kota Bharu hari ini.
Kata Thamrin,  beliau datang ke muktamar tersebut kerana telah dijemput oleh PAS agar menghadiri, maka beliau terima jemputan tersebut. 

Walaupun berada di muktamar ini beliau menjelaskan bahawa beliau masih lagi ahli Umno dan menafikan yang beliau sudah menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat. Apa yang beliau lakukan ialah praktikkan apa orang kata ‘orang berbudi, kita berbahasa’ katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-56 di sini hari ini. 

Ketika ditanya sama ada kehadirannya ini menandakan beliau akan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, beliau mengatakan akan mengulasnya apabila tiba masa nanti.
.
Beliau mengakui pernah menghadiri majlis kempen Parti Keadikan Rakyat di Hulu Selangor April lalu, tetapi tidak lebeh dari sekadar ingin tahu dan faham politik mereka.Thamrin mengatakan terpulanglah kepada Umno untuk mengambil sebarang tindakan keatas perlakuannya. itu.


Kembara Jr.......... Apakah Thamrin akan dipecat oleh Umno setelah beberapa kali dilihat berada dalam kelompak Pakatan Rakyat? Kemungkinanya tu ada kerana Thamrin dilihat seolah-olah mencabar Umno supaya memecatnya dengan menghadiri program anjuran Pakatan Rakyat.

Atau apakah Thamrin memang sudah ada niat iklasnya untuk menyertai Pakatan Rakyat cuma menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menyertainya??. Apa-apa pun kita tunggu perkembangan seterusnya nanti.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :