Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Akan Ke Mahkamah

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa memberitahu pada demonstrasi menuntut royalti sebentar tadi bahawa Kelantan akan membawa tuntutan royalti negeri itu ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.

Demonstrasi tersebut yang di anjurankan oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan.diadakan di perkarangan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan selepas majlis perasmian muktamar sebentar tadi.

Demonstrasi diketuai Ketua Dewan Pemuda, Abdul Latiff Abdul Rahman serta pimpinan pemuda PAS Kelantan dan disertai ribuan yang lain. Abdul Latiff dalam ucapannya berkata, kezaliman kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib terhadap rakyat bumiputera negeri ini dilakukan dengan menafikan hak hasil bumi negeri sedangkan sanggup membayar 77 juta kepada syarikat perunding Apco worldwide.



Kembara Jr.......... Ini satu lagi kes kezaliman Umno/BN keatas rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan sepatutnya menerima royalti bukannya wang ehsan sebagaimana diterima sekarang.

Rakyat dinafikan haknya, tetapi untuk orang asing Kerajaan Umno/BN sanggup lakukan apa saja. Mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membayar kepada syarikat perunding Apco worldwide hanya demi kepentingannya sahaja.

Begitulah kezaliman yang dilakukan Umno/BN terhadap rakyat. Kera dihutan di susukan, anak dirumah mati kelaparan.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :