Prosess Penamaan Calon Pagi Ini

Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu bermula pukul 9 pagi di Dewan Suarah pagi ini. Penyokong kepada calon masing-masing telah berhimpun seawal pukul 7 pagi di tempat yang ditetapkan. Pilihan raya kecil Parlimen Sibu ini diadakan kerana kematian Robert Lau Hoi Chew dari BN, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas.

Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis. Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus).


Kembara Jr ..... Semoga perjalanan pilihanraya berjalan dengan aman tanpa berlaku sesuatu yang tidak diingini.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :