Perkasa Desak Lembaga Pengarah Sime Darby Letak Jawatan

Perkasa hari ini mendesak kesemua ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad harus meletakkan jawatan bagi memikul kerugian RM1.63 bilion yang ditanggung Sime Darby.

Desakan itu dibuat Perkasa atas alasan beban tanggungjawab tidak harus diletakkan pada bahu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid semata-mata, yang telah diminta bercuti sementara kontraknya berakhir 26 November ini. Ianya patut dipertanggungjawab juga keatas lembaga pengarah yang lain-lain.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mahu isu itu diselesaikan secara kolektif dengan kesemua ahli lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan.

Selain itu, Perkasa juga mendesak kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas termasuk jika perlu suruhanjaya diraja untuk menyiasat ‘krisis’ korporat terbaru negara ini.

Kembara Jr ..... Bab ni aku secara peribadi sokong Ibrahim Ali. Ya lah tak kan 2 orang je yang kena bertanggungjawab yang lain-lain tu lepas tanggan. Sepatutnya kenalah bertanggungjawab sama dengan meletak jawatan juga. Jadi patut juga saranan Presiden Perkasa tu di ambil kira.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :