Penasihat DAP sokong Cadangan PAS

Cadangan Exco Kelantan Datuk Husam Musa untuk memfailkan saman kepada kerajaan persekutuan berikutan penyerahan sempadan laut mengandungi dua medan minyak Blok L dan M kepada Brunei di Laut China Selatan disokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dalam blognya beliau berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan itu bersesuaian sebagai usaha melindungi hak generasi masa depan rakyat Sarawak, Sabah dan Malaysia sendiri.

Semalam Datuk Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mencadangkan agar diambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan persekutuan berikutan pengambil-alihan kawasan perairan laut bersempadanan dengan Negara Brunei.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata beliau akan mencadangkan Datuk Husam mengetuai Jawatankuasa Khas Pakatan Rakyat bagi menyaman Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang.

Kembara Jr ..... Cadangan yang baik demi generasi masa depan kita. Selain dari itu demi mengingatkan BN agar tidak melakukan sesuatu sewenang-wenangnya. Jika ini dibiarkan aku yakin satu hari nanti banyak hak kita akan terlepas ketangan orang lain.

.....Lawannn.....Tetapppppp....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :