MB Kelantan : Mahu Lihat Rakyat Sendiri Bina Masjid

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk membina masjid sebaliknya ingin melihat rakyat sendiri yang berbuat demikian.

Katanya di majlis perasmian Masjid Abdul Rahman disini, beliau sudah beritahu Exco agar jangan bina masjid cuma bantu masjid yang dibina rakyat sendiri walaupun harganya paling murah ianya tetap masjid yang dibina oleh rakyat. Nabi Muhammad sendiri sewaktu sampai di Madinah, baginda sendiri derma untuk beli tapak Masjid Madinah yang ada sekarang ini".


Mursyidul Am PAS itu berkata, kerajaan negeri mengambil sikap demikian semata-mata untuk melihat rezeki yang diperolehi oleh rakyat dapat disalurkan melalui kerja-kerja kebajikan sebagai contoh derma untuk bina masjid.  Rakyat cari duit bukan saja untuk beli beras tetapi menderma  bererti dengan rezeki yang kita dapat itu kita juga membeli pahala.

Sementara itu, biarpun penggunaan masjid sebagai gelanggang politik terus menjadi pertikaian namun beliau akan tetap meneruskan agenda tersebut di negeri ini. Beliau yang juga Menteri Besar berkata Rasulullah s.a.w. sendiri menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik. Lantik pegawai di masjid, menyusun strategi perang di masjid, berdamai dimasjid, berubat orang sakit dimasjid termasuk terima rombongan luar pun di masjid. Beliau membidas golongan yang berpendapat masjid tidak boleh dijadikan tempat untuk berpolitik sebagai cara orang Eropah tetapi bukan cara Nabi Muhammad s.a.w.



Kembara Jr ..... Sementara kita masih hidup di muka bumi Allah ini dan jika kita rasa kita berkemampuan, sama-samalah kita salurkan rezeki, kemampuan, apa jua kebolehan kejalan Allah. Bukan hanya terbatas kepada membina masjid sahaja ianya luas mencakupi semua bidang yang tidak haram disisi Allah. Sebagaimana kata Tuan Guru Nik Aziz dengan berbuat demikian kita boleh membeli pahla juga. Sama-samalah kita membuat terbaik ke jalan Allah. Insyaallah.........

0 Komen pengunjong :